Temberang Celcom



Jangan percaya pada papan tanda celcom.Semuanya temberang kalau hangpa nak tau. Kononnya merekalah yang paling MUKTAMAD terpantas di wilayahnya. Wilayah berukband ciptaan mereka yang syok sendiri. Hakikatnya pengguna celcom berukband celcom sendiri yang tahu betapa terhegeh-hegehnya talian berukband celcom sejak akhir-akhir ini.

Seorang pengguna yang rumahnya berada berhampiran papan tanda gergasi celcom berhampiran Sekolah Kebangsaan Cheras Indah Kuala Lumpur,turut menyirap ataupun hati panas dengan talian celcom berukband yang digunakannya.Katanya kalau ada masa dia rasa macam nak tebang saja papantanda tu.

Masalah yang diadukan pelanggan tidak diambil serius oleh celcom. Janji untuk menambah kapasiti talian (E1 channel) hanya tinggal janji.Apa lagi bahasa yang sesuai untuk menggantikan janji kosong jika bukan temberang? Temberang yang telah memasuki suku ketiga tahun 2009.

Tinjauan juga mendapati keterhegehan talian celcom berukband juga dialami pengguna di Sungai Petani,Alor Setar,Penang,Ipoh yang sebelum ini tidak menghadapi masalah seperti sekarang. Ini menunjukkan bilangan pengguna yang melanggan celcom berukband telah bertambah manakala kapasiti talian tidak bertambah. Apa sudah jadi? Pengguna bukannya beruk.Takkan nak makan duit orang tanpa menaiktaraf kapasiti talian sedia ada? Mangkuk pun ada had untuk diisi dengan kuah kari atau sebagainya,kalau tidak ia akan menjadi mangkuk hayun!!!


Payah-payah sangat robohkan saja papan tanda gergasi tu. Kren pun dah dok tunggu kat bawah tu...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

NIZAR HERO BARU PAKATAN RAKYAT!!




oleh: EMBO KOYOH


Menang pilihan raya, kalah dalam mahkamah. Salahkah Nizar membantah dalam Dewan Rakyat?

Tentu sekali kepada penyokong kerajaan mereka menganggap tindakan DS Nijar dalam Dewan Rakyat Isnin kelmarin tidak wajar. Yang bercakap itu bukan penyokong Nizar.

Yang bercakap tidak menyokong itu sebenarnya tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui DS Nizar. Mereka tidak memahami perasaan DS Nizar. Setelah menang pilihan raya DUN. Di lantik jadi MB. Di lucut jawatan. Menang PRK Bukit Gantang. Mahkamah putuskan jadi MB semula. Di lucut lagi. Kalah pula di mahkamah.

Hakikatnya, DS Nizar seorang tokoh baru parti pembangkang yang sedang bersinar bintangnya. Dalam pemilihan PAS baru-baru ini, beliau mendapat undi tertinggi sekali dikalangan calon Majlis Tertinggi parti itu.

Tindakannya dalam Dewan Rakyat membuktikan DS Nizar adalah seorang pejuang politik sebenarnya. Kalau bukan protes di Dewan Rakyat, dimana lagi? Masuk mahkamah kalah! Minta bubar DUN, Sultan Perak tak perkenan. Jadi Nizar nak buat apa?

Dari kacamata rakyat yang bersimpati dengan Nizar dan dari dikalangan penyokong Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar Jamaludin adalah hero baru mereka selain Anwar Ibrahim.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LIVE DARI MAHKAMAH






SIARAN LANGSUNG INI JUGA DISIARKAN DI biaqpila.blogspot.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

celcom 3G memang berukband terlaju di dunia




Baru-baru ni aku terima sms dari celcom,bunyinya begini:

A friendly reminder, your data usage is reaching the allocated 5GB/ mth (Celcom Broadband Policy). Pls reduce your usage to avoid having your speeds managed.

Setahu aku,plan yang aku langgan tu namanya celcom 3G Unlimited. Kalau dah unlimited pasal apa ada limit 5GB/bulan pula? Mangkuk hayun punya celcom.Tak habis-habis nak menipu pengguna.

Kalau aku tahu ada limit baik tak payah pakai dari mula.Memang patutla orang gelar celcom berukband.Sudahla broadband berkelajuan tahap berukband lepas tu pula ada limit walaupun namanya unlimited.Ada ka patut sebelum sampai limit 5GB sebulan pun kelajuan celcom 3G ni lembab gila, bila dah lebih 5GB kelajuan itu diperlahankan lagi oleh celcom.Anda pasti dapat bayangkan dalam keadaan normal kelajuan 10km/j kemudian diperlahankan lagi menjadi 5km/j.Ia boleh diibaratkan seperti kelajuan kura-kura demam terkena virus selesema babi berbanding kura-kura yang sihat.

Sesiapa yang mengalami masalah sama, dan ingin membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bolehlah menghantar email ke aduanskmm@cmc.gov.my atau klik di sini.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenapa Sayang menangis?

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku akaun bank abang le..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bulat kecil bulat yang besar


  • ABU (bukan nama sebenar) dan Mat (mmg nama sebenar) ialah dua sahabat pengisap dadah yg tegar. Ntah camne, satu hari mereka telah kantoi dgn polis dan disumbat 2 minggu ke dalam lokap. Akhirnya mereka dibawa ke mahkamah utk perbicaraan..
    Hakim melihat dua anak muda harapan bangsa, yang hanyut dalam pergaulan.
    Hakim : Iskk.. Iskk.. Kamu ni masih muda dah mengisap dadah.. Kamu tak sayang keluarga kamu ke?
    ABU : Maafkan kami Yang Arif.. Kami terikut kawan-kawan..
    Mat : Iya Yang Arif.. Kami dah insaf.. Kami janji takkan buat lagi..
    Hakim tersentuh bila membayangkan anaknya yang seusia mereka. Setelah berfikir sejenak, Hakim lalu mengambil keputusan.
    Hakim : Baiklah.. Kali ini saya lepaskan kamu.. tapi dengan SATU syarat. Kamu dikehendaki memujuk kengkawan kamu yg lain, yang sama menagih supaya berhenti dalam masa seminggu ini! Isnin depan kamu mesti ke mari semula utk memberi laporan!Seminggu kemudian..
    Hakim : ABU. .. Bagaimana dengan hasil kerja kamu?
    ABU : Yang Arif.. Seminggu ini saya berhasil memujuk teman-teman saya sebanyak 17 orang untuk berhenti mengisap dadah..
    Hakim : 17 orang? Bagus.. Hebat... Bagaimana caranya?
    ABU : Begini Yang Arif.. Saya buat 2 bulatan. 1 besar dan 1 kecik. Lalu saya jelaskan bulatan yang besar itu adalah otak sebelum mereka mengisap dadah... sedang yg kecik itu otak setelah mereka mengisap dadah..Hakim : Bagus... Bagus... Bagaimana pula dgn awak, Mat?
    Mat : Saya pulak.. telah berjaya memujuk 156 kengkawan saya, Yang Arif!!
    Hakim : (Terperanjat) 156??? Wowww!! Bagaimana caranya ?
    Mat : Sama mcm ABU buat, Yang Arif... Saya juga lukis 2 bulatan.. 1 bulatan kecik, 1 lagi bulatan besar..
    Hakim : Terbalik pulak.. pastu?
    Mat : Tapi saya cakap.. yang kecil ini lubang punggung sebelum masuk lokap... dan yang besar selepas masuk lokap..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

INI WILAYAH BERUKBAND


MAJLIS PELANCARAN BERUKBAND TERRITORY TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PRESIDEN MERANGKAP PENGERUSI MERANGKAP CEO MERANGKAP KETUA PENGARAH MERANGKAP LEMBAGA PENGARAH MERANGKAP YANG DIPERTUA MERANGKAP KETUA EKSEKUTIF MERANGKAP JET EKSKLUSIF MERANGKAP KETUA DARJAH MERANGKAP GURUBESAR MERANGKAP PEMBESAR SUARA PADA 14.4.09 DI HOTEL SERI KUDA BERAMBOI,NEGERI PASIR BERDENGUNG JAJAHAN TAKLUK NEGARA DARUL POLITIKWANG.

INI WILAYAH BERUKBAND,KUASA DI CELAH GIGI ANDA!
LUAHKAN SEGALA KETIDAKPUASAN HATI ANDA,SILA TULIS DI BAHAGIAN KOMEN SEKARANG.....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Labels