Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke???



Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;

Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.

Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.

Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.

Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.

Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?

Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.

Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.

Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.

Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.

Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…”eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la”.

Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.

Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.

Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?

Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.

Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.

Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.

Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms ” Minat”.

Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.

Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.

Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.

Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.

Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?

Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.

Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan.

Oleh: AK-47

mynewshub



Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Beg sandang berisi mayat bayi

Terbaik.my
thumbnail Beg sandang berisi mayat bayi
Jul 6th 2012, 09:39

Beg sandang berisi mayat bayi, RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan,
KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.

Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.

Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.

"Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang.

Sumber : Kosmo


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Kereta Rolls-Royce 100 tahun dijual hampir RM24 juta

Terbaik.my
thumbnail Kereta Rolls-Royce 100 tahun dijual hampir RM24 juta
Jul 6th 2012, 06:22

the corgi, the corgy, Rolls Royce, Rolls-Royce,
LONDON: Satu daripada kereta terbaik pernah dihasilkan Rolls-Royce dijual pada harga hampir �5 juta (RM24.7 juta) dalam satu lelongan, lapor media semalam.

Kereta unik berwarna perak dikenali sebagai The Corgi kerana bentuknya menyerupai kereta mainan pada era 1960-an ditempah khas pemilik asalnya.

Ketika ia dibina kira-kira 100 tahun lalu, nilai pasaran The Corgi hanya kira-kira �1,000 (RM4,900).

Pada awalnya, pakar kereta antik menjangkakan The Corgi akan dijual pada harga maksimum �2 juta (RM10 juta).

Bagaimanapun, persaingan antara dua pembida di majlis lelongan itu mendorong harga The Corgi melonjak naik kepada �4.7 juta (RM23.2 juta) ketika lelongan itu diadakan di Sussex Barat.

Kakitangan firma lelongan Bonhams, James Knight, berkata bidaan semalam adalah persaingan penjualan kereta paling lama pernah disaksikannya. The Corgi dilelong selepas pemiliknya seorang warga Amerika Syarikat meninggal dunia.

Kereta itu kemudian dibeli seorang warga asing tidak dikenali. - TS

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan

Terbaik.my
thumbnail Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan
Jul 5th 2012, 08:29

Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan, Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,
MELAKA: Padah merogol anak sendiri empat tahun lalu, seorang bapa enam anak dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hukuman itu, dijatuhkan Hakim Abu Bakar Katar terhadap tertuduh berusia 39 tahun dari Batu Gajah, Melaka.

Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam perbicaraan bermula 15 Februari lalu, 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anaknya berusia 15 tahun tiga bulan di Batu Gajah, Merlimau, Jasin kira-kira jam 1 pagi, 28 Mac 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertamanya.

"Saya mempunyai tanggungan isteri dan anak yang ramai dan selepas dibebaskan, mahu menyara mereka," katanya.

Bagaimanapun, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan alasan perlakuan itu memberi mudarat kepada mangsa dan tertuduh yang melarikan diri lebih dua tahun selepas laporan dibuat, tidak menunjukkan keinsafannya.

"Kesalahan tertuduh tidak boleh dimaafkan kerana sebagai ketua keluarga, tertuduh sepatutnya menjadi pemimpin dan membimbing keluarga bukannya memperkosa anak sendiri.

"Malah, hukuman berat yang ditetapkan Parlimen dalam jenayah seperti ini menunjukkan hasrat kerajaan melindungi kanak-kanak daripada ahli keluarga yang bersifat kebinatangan," katanya.

Abu Bakar yang mendengar hujah kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Oktober 2010.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: 3 Budak tujuh tahun belasah rakan

Terbaik.my
thumbnail 3 Budak tujuh tahun belasah rakan
Jul 5th 2012, 07:59

Budak tujuh tahun belasah rakan,
SANTUBONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di seluruh badan apabila dibelasah tiga kanak-kanak sebaya selepas gagal menyerahkan wang seperti diarahkan dalam kejadian di Kampung Rampangi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk dahi, pipi serta mulut dipercayai dibelasah bertalu-talu tiga kanak-kanak itu.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa didatangi ketiga-tiga kanak-kanak terbabit sambil mengugut mangsa menyerahkan wang.

"Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membelasah mangsa tanpa belas ihsan.

"Dalam keadaan kesakitan, mangsa merayu supaya memberhentikan perbuatan itu namun ketiga-tiga kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan rayuan sebalik membelasahnya sehingga berdarah.

"Sebaik melihat mangsa tidak bermaya, ketiga-tiga mereka melarikan diri. Mangsa pulang ke rumah dan memberitahu ibunya mengenai kejadian," katanya.

Terkejut dengan keadaan mangsa, ibunya berusia 50 tahun membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Santubong pada hari kejadian.

Katanya, kanak-kanak terbabit turut dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Lelaki berapi dalam tandas

Terbaik.my
thumbnail Lelaki berapi dalam tandas
Jul 5th 2012, 07:57

Lelaki berapi dalam tandas, Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin,
TAWAU: Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa berusia 20-an mengerang kesakitan dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tawau, di sini, akibat 80 peratus tubuhnya terbakar.

Menurut saksi, Mohd Zarif Sofian, 22, ketika kejadian, dia sibuk mengira baki simpanan minyak dalam tangki berhampiran tandas terbabit.

"Ketika menjalankan tugas, saya melihat kepulan asap keluar dari celah pintu dan tingkap tandas.

"Saya memaklumkan kepada pekerja lain supaya menghubungi bomba kerana bimbang ada kebakaran selain cuba membuka pintu tandas, tetapi mendapati ia berkunci dari dalam," katanya ketika ditemui.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi

Terbaik.my
thumbnail Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi
Jul 5th 2012, 07:56

Tolak penumpang keluar teksi, Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi,
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengumpan penumpang warga asing menggunakan perkhidmatannya sebelum bertindak kejam menolak mangsa keluar dari kereta dan melarikan barangan berharga milik penumpang terbabit.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 46 tahun yang menetap di Malaysia menahan teksi dipandu suspek berusia 36 tahun berhampiran pusat beli-belah di Bangsar sebelum meminta dihantar ke Jalan Maarof.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek menolak mangsa sebelum dia memecut teksinya menyebabkan wanita terbabit kerugian RM20,000 membabitkan kehilangan telefon pintar iPhone, cincin, kad kredit dan pelbagai barangan berharga lain.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis selain memberi butiran suspek dan nombor pendaftaran teksi terbabit.

"Hasil maklumat diterima polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya jam 5 petang kelmarin di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Puchong.

"Hasil pemeriksaan, kami merampas semula sebahagian wang sebanyak RM4,049 yang masih dimiliki suspek sementara selebihnya sudah dibelanjakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek menyasarkan warga asing yang bersendirian dan menolak mangsa keluar dari teksi sebelum melarikan barangan berharga.

"Suspek kini direman sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan. Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada sesiapa yang menjadi mangsa samun memberi maklumat lengkap kenderaan yang digunakan suspek dan diskripsi lain bagi menyegerakan siasatan serta tangkapan," katanya.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Confirm your unsubscription from 'Terbaik.my'

To confirm that you no longer wish to receive updates from 'Terbaik.my', please click on the following link:

http://blogtrottr.com/unsubscribe/confirm/zbDHQL/1pKpYF


If you weren't expecting to receive this email, then simply ignore it and we'll go away.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (5 GAMBAR) Cristiano Ronaldo Bersama Anak Lelakinya

Blog Berita Online
(5 GAMBAR) Cristiano Ronaldo Bersama Anak Lelakinya
Jul 5th 2012, 06:17

Dua tahun lalu, Cristiano Ronaldo mengejutkan dunia apabila beliau mengumumkan dia telah menjadi seorang bapa kepada seorang kanak-kanak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Si kecil bernama Cristiano Ronaldo Jr ini kini membesar dengan sepenuh kasih sayang daripada Ronaldo dan keluarga, malah turut diberi perhatian oleh kekasih Ronaldo, Irina Shayk.

Jom tengok gambar-gambar percutian mereka bersama Irina Shayk, keluarga dan rakan-rakan di St.Tropez.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (TAHNIAH) Fuad Juara Kilauan Emas Musim 2

Blog Berita Online
(TAHNIAH) Fuad Juara Kilauan Emas Musim 2
Jul 5th 2012, 04:43

Juara program Kilauan Emas musim kedua iaitu Ahmad Fuad Zaharullai atau Fuad mengakui lagu Syair Laila Majnun telah memberi tuah kepadanya sehingga layak merangkul gelaran itu.

Fuad, 45, berkata, lagu asal nyanyian Ramli Sarip dan Jamal Abdillah itu yang berjaya disampaikan dengan baik telah menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Fuad berjaya menewaskan lima peserta lain apabila muncul juara dengan jumlah peratusan sebanyak 47.55 peratus. Peserta berasal dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala tempat kedua menjadi milik peserta dari zon tengah iaitu Nor Azri Zainuddin, 43, yang mendapat 44.81 peratus. Nor Azri membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi serta turut menggondol Anugerah Khas Polident yang membolehkannya mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Jumat Ramle, 48, yang (42.77 peratus) mewakili zon Sabah dengan hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Tiga lagi peserta yang berentap malam itu adalah Salanan Saleh, 47, Muhammad Norjulaini Kalil, 45 dan Mohd Fadzil Borhan, 45.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depannya, Fuad berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi berhasrat untuk merakamkan sebuah album single.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Fredo dan Othman Hamzah.

Incoming search terms:

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (GAMBAR) Tumor 23kg dalam perut wanita

Blog Berita Online
(GAMBAR) Tumor 23kg dalam perut wanita
Jul 5th 2012, 05:18

Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.

"Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga," katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.

Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.

Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.

Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.

Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.

Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.

Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.

Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.

Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.

Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.

Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Ranking Bola Sepak Dunia Terkini

Blog Berita Online
Ranking Bola Sepak Dunia Terkini
Jul 5th 2012, 05:08

Ranking bola sepak dunia terkini telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), semalam. Juara Eropah, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia diikuti Jerman berada ditangga kedua dan Uruguay ditangga ketiga daripada keseluruhan 205 negara yang menjadi ahli Fifa.

Sementara itu, England memperlihatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dengan berada di tangga keempat. Pasukan England meningkat dari kedudukan keenam kepada tangga keempat dunia meskipun anak buah Roy Hodgson tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali dalam saingan Euro 2012.

Tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil tidak berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 negara terbaik buat kali pertama apabila jatuh satu anak tangga kepada nombor 11.

Antara kedudukan 10 negara terbaik FIFA:

1- Sepanyol
2- Jerman
3- Uruguay
4- England
5- Portugal
6- Itali
7- Argentina
8- Belanda
9- Crotia
10-Denmark

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Uncle Seekers Ditahan Polis Kerana Aibkan Sultan Johor

Blog Berita Online
Uncle Seekers Ditahan Polis Kerana Aibkan Sultan Johor
Jul 5th 2012, 04:56

Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Sinar Harian Online difahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.

“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi sebentar tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (GAMBAR) Nora Danish Bertudung Lepas Balik Dari Umarah

Blog Berita Online
(GAMBAR) Nora Danish Bertudung Lepas Balik Dari Umarah
Jul 5th 2012, 05:10

Gambar terbaru Nora Danish yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah di Mekah.Kat Sekeping foto Instagram Nora Danish bertudung serta berjubah diambil melalui Facebook yang diupload sekitar akhir Jun 2012. Apapun, Nora Danish memang sangat manis apabila mengenakan tudung. Mungkin perubahan hidup telah dilakukan setelah tunaikan umrah di Mekah.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Tarikh Nisfu Syaaban 2012

Blog Berita Online
Tarikh Nisfu Syaaban 2012
Jul 5th 2012, 05:26

Nisfu Syaaban pada tahun ini jatuh pada hari Khamis, 5 Julai 2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H. Bulan Syaaban merupakan bulan kelapan dalam taqwim Islam. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata, "Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban iaitu Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Confirm your unsubscription from 'Terbaik.my'

To confirm that you no longer wish to receive updates from 'Terbaik.my', please click on the following link:

http://blogtrottr.com/unsubscribe/confirm/zbDHQL/14vr9v


If you weren't expecting to receive this email, then simply ignore it and we'll go away.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Sinopsis Saleha – Cerekarama TV3

Blog Berita Online
Sinopsis Saleha – Cerekarama TV3
Jul 4th 2012, 16:23

Satu lagi telemovie hebat akan ditayang di Slot Cerekarama TV3 pada 7 Julai ini. Tajuknya Saleha lakonan hebat Tasha Shilla. Watak Tasha Shilla kali ini amat mencabar kerana dia akan melakonkan watak gadis istimewa. Jangan lupa untuk meyaksikan telemovie Saleha di Slot Cerekarama hari Sabtu, 7 Julai 2012 pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama SalehaSaleha seorang gadis yang terencat akal dan berfikiran seperti kanak-kanak, selalu berangan untuk menjadi seorang pengantin. Dengan siapa dia dikahwinkan tidak pernah menjadi soal, yang penting baginya menjadi seorang pengantin.

Dia gemar memakai cucuk sanggul, ‘veil’ panjang, bersolek, bersongket dan berinai persis macam pengantin. Dia gemar berangan duduk di pelamin dan ditepung tawar. Nasib Saleha sering dirundung malang. Ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya 17 tahun akibat kemalangan.

Sejak itu Saleha dipelihara oleh Mak Long dan Pak Longnya yang menyayangi Saleha. Rumah yang didiami Saleha telah diwasiatkan oleh ibu bapanya untuk sesiapa yang menjaga Saleha di rumah itu. Mak Long mempunyai anak bernama Esah yang tiga tahun lebih muda dari Saleha. Esah menjadi teman Saleha dan melayan segala karenah Saleha selama ini.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13

Blog Berita Online
Anwar ucap 'selamat tinggal' jika gagal PRU13
Jul 4th 2012, 14:10

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik – mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.

Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.

"Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar," katanya.

Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.

Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.

Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN).

Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR).

Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN.

Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR.

Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Minyak petrol ron 97 turun mulai esok (5 Julai 2012)

Blog Berita Online
Minyak petrol ron 97 turun mulai esok (5 Julai 2012)
Jul 4th 2012, 13:38

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa harga runcit bagi RON97 akan menelan kos 20 sen ditolak pada RM2.60 seliter mulai esok.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata harga yang lebih rendah adalah sejajar dengan kejatuhan harga purata minyak mentah global pada bulan Jun.

Beliau berkata harga runcit bagi RON97, pada dasarnya, yang ditetapkan apungan terurus berdasarkan harga bulanan adalah Manakala berketentuan dilombong mengikut kuasa pasaran.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Confirm your unsubscription from 'Blog Berita Online'

To confirm that you no longer wish to receive updates from 'Blog Berita Online', please click on the following link:

http://blogtrottr.com/unsubscribe/confirm/9BzJqV/5ddNsp


If you weren't expecting to receive this email, then simply ignore it and we'll go away.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: 5 Adun DAP Digantung 6 Bulan Hadiri Sidang Dewan Melaka

Blog Berita Online
5 Adun DAP Digantung 6 Bulan Hadiri Sidang Dewan Melaka
Jul 4th 2012, 12:56

Lima anggota Dewan Undangan Negeri wakil DAP, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, selama enam bulan kerana mengingkari dan menimbulkan kekecohan pada persidangan dewan pada Rabu.

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuatkuasa hari ini.

Ia berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Adun Duyung yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Gan Tian Loo untuk menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya.

Sejurus persidangan bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga hari ini, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Gan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.

"Atas kenyataan Adun Duyung pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Gan) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Gan) menarik balik tuduhan itu," katanya.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Labels