Senario Ramadhan Yang Berlalu

Beginilah senario yang dapat dilihat di Padang MPK Kuantan ketika senja menjelang pada Ramadhan lalu. Orang ramai berbuka puasa di tengah padang berhadapan Masjid Negeri.Senario begini tidak berlaku pada bulan selain Ramadhan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KEMALANGAN TERBAKAR DI MRR2

Pagi-pagi lepas bercuti panjang jalan dah jem teruk.Di MRR2 jem teruk pagi ini dari jejambat Jalan Kuari hingga ke lokasi kejadian di selekoh berhampiran susur keluar Ampang Point.
Published with Blogger-droid v1.7.4
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CELCOM MAKAN DUIT HARAM?


Saya mempunyai dua talian celcom di bawah satu bil.Maknanya satu nombor main dan satu lagi supplementary.

Sekitar jun tahun lepas saya mula menamatkan langganan bil terperinci,menggunakan khidmat secara dalam talian (online).Makanya bil tidak lagi dihantar menggunakan pos dan hanya boleh dipantau secara online.Caj bil terperinci sebelum ini RM3 juga diberikan rebet oleh Celcom.

Selepas setahun baru saya perasan,Celcom masih mengenakan caj RM3 terhadap nombor yang lagi satu iaitu nombor supplementary.Itupun setelah saya membuat semakan secara online.Sepatutnya rebet sebanyak RM6 diberikan oleh Celcom.Selama ini pun saya hanya membayar bil tanpa membuat semakan.Rupanya telah setahun Celcom mengenakan caj bil terperinci tetapi bil tidak dihantar.

Apabila saya membuat laporan kepada pihak Celcom mereka mengatakan ada menghantar bil.Apabila saya mengatakan tiada bil yang sampai sejak saya membatalkan bil terperinci mereka mengatakan pula telah menghantar bil ke alamat lama.Bagaimana bil yang sebelum ini telah dihantar ke alamat baru (alamat sekarang) boleh dihantar semula ke alamat lama? Apa kejadah nak menipu tak beragak-agak begini???

Setelah sedar pengguna selalunya betul dan penyedia perkhidmatan selalu menipu akhirnya Celcom bersetuju untuk mengembalikan caj bil terperinci yang telah di bayar tapi untuk tempoh tiga bulan terakhir saja. Jumlah semua caj yang dikembalikan kepada saya adalah RM10.60 termasuk bayaran balik cukai perkhidmatan yang telah dibayar.

Bayangkan kalau seorang pelanggan Celcom menipu RM3 sebulan,cuba darabkan dengan 100 ribu pelanggan.Antara sedar atau tidak senang-senang boleh dapat RM300 ribu.

Bagi mengelakkan lebih ramai lagi pelanggan yang tertipu,maka saya juga ada membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan respon yang diterima setakat ini amat baik kerana pegawai SKMM ada menghubungi saya,namun beliau hanya memaklumkan yang Celcom akan membayar balik caj bil terperinci selama 3 bulan sahaja. Untuk pegawai SKMM,kalau setakat nak bagitau bagi pihak Celcom baik tak payah duduk kat situ.Tidak adakah apa-apa tindakan terhadap penipuan Celcom ini???





Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Labels