Upgrade Kepala Hotak



Nampaknya mutu perkhidmatan internet dari syarikat telekomunikasi di negara kita masih di tahap kurang memuaskan.Kelajuan internet yang digembar-gemburkan hanya dongengan semata-mata.Ada kalanya jika kita lakukan ujian kelajuan(speedtest),Latency Test pun tidak lepas,mungkin kerana talian sudah 'hang' ataupun kejang otot.

Untuk makluman,saya menggunakan perkhidmatan celcom dan p1 wimax. Berdasarkan pengalaman penggunaan perkhidmatan internet,kedua-dua syarikat ini layak digelar pembekal berukband nasional.

Masalahnya sama,iaitu kesesakan trafik pada waktu perdana iaitu dari 7 mlm hingga ~ 1 pagi. Bilamana saya membuat aduan,jawapan kedua-dua syarikat pembekal berukband ini ialah kerja2 upgrade sedang dilakukan.18 tahun komplain pun jawapan masih sama iaitu sedang upgrade.Upgrade kepala hotak pun tak memakan masa selama itu.

Tak cukup dengan sakit hati akibat mutu perkhidmatan, celcom kini sedang gila buat promosi.Dalam satu hari macam-macam sms promosi dihantar ke telefon bimbit pelanggan.Paling celaka sms dihantar pada hari Jumaat sewaktu khatib sedang membaca khutbah.Tak bolehkah disetkan selepas waktu solat Jumaat?Celcom ini syarikat orang Islam ataupun kafir???

Mutu perkhidmatan tak perlu diambil tahu,sebaliknya pelbagai tawaran seperti offer hotel percuma,majlis berbuka puasa,spa,insuran dan berbagai-bagai lagi.Hinggakan agen dari syarikat insuran turut membuat panggilan mengatakan wakil dari celcom membuat tawaran insuran percuma dan pelbagai mangkuk hayun lagi untuk diberi percuma sebagai menghargai kesetian pelanggan.Dari mana puak-puak ini mendapat maklumat serta nombor telefon pelanggan? Jawapannya mudah! boleh dijawab oleh anak beruk yang belum akil baliqh.Tepuk dada tanya beruk.

Inilah mentaliti dan hakiki projek berukband negara.Tiada siapa yang berani mempertikaikannya termasuk pak-pak menteri.Belanjawan beratus bilion sekadar untuk diangguk dan disorak oleh mereka.


Monkey United FC

Dengan kerjasama: biaqpila.blogspot.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalur lebar Celcom lembab


Celcom hanya pandai klentong

TUJUAN saya menulis ini kerana ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan jalur lebar Celcom.

Adakah kelajuan capaian Internet dikawal dan tidak seperti yang ditawarkan dalam pakej? Ini kerana capaian Internet saya kerap kali terganggu dan perlahan.

Apa gunanya saya ambil pakej laju (tinggi), tetapi sebenarnya tidak laju.

Untuk makluman saya mengambil pakej: C-Broadband Advance (Data Only) - RM98. Tujuan utama saya melanggan jalur lebar Celcom adalah untuk mempermudah dan menyegerakan semua urusan melalui Internet serta paling penting urusan berkaitan dengan perniagaan saya.

Saya sebagai pengguna sudah dua kali membuat aduan dan susulan melalui talian 1111 dan kepada pejabat cawangan Celcom di Seksyen 9, Shah Alam.

Kesan atau perubahan yang diberikan, tidaklah seperti yang diharapkan. Saya tidak tahu sama ada dipertingkatkan ataupun tidak. Pada saya sama sahaja.

Penggunaan pada sebelah malam, lebih-lebih lagi pada malam minggu terlalu perlahan dan ada kalanya tidak boleh online langsung.

Jika alasan yang diberikan talian sesak, saya memiliki akaun persendirian, bukannya berkongsi. Lagipun itu bukan masalah kami. Kami membayar perkhidmatan dan kelajuan capaian Internet yang ditawarkan. Sepatutnya sebagai pengendali, pihak Celcom telah dan lebih bersedia serta boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

PENGGUNA TERKILAN

Shah Alam, Selangor

kedahlanie



Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Harga kapal selam mungkin dinaikkan


Kerajaan masih perlu memberikan subsidi RM18.9 billion kepada TNB dan IPPs (40%-RM8bil) yang monopoli bisnes bekalan elektrik untuk setiap rakyat.Mengapa tak cuba kurangkan subsidi pada syarikat-syarikat yang kaya ini sebanyak 10%, dah dapat RM 1.89 billion, 250% lebih daripada pengurangan subsidi minyak dan gula untuk rakyat?

Tepuk dada tanya sendiri, siapakah yang diutamakan oleh kerajaan?

Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk membeli sebijik lagi kapal selam tahun ini....khabarnya harga kapal selam mungkin dinaikkan lagi untuk menampung jumlah komisyen yang semakin tinggi...kah!kah!kah!!!!


Berikut adalah bukti yang menunjukkan BN selaras atau sama ertinya dengan Barang Naik:


Harga produk F&N Dairies mungkin naik


2010/07/16

KUALA LUMPUR: F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.
Mengenai imej baharu Tea Pot, Lee berkata label baharu itu direka untuk menampakkan imej yang segar pada jenama itu.

"Berdasarkan maklum balas yang diperoleh dari kaji selidik pasaran, corak dan visual itu lebih mencerminkan ketepatan janji jenama itu - kualiti yang kosisten dan enak dirasa.

"Ia juga akan menambah baik kedudukan premiumnya sebagai pilihan pelanggan yang pandai menilai," katanya. - BERNAMA






sumber: biaqpila.blogspot.com


Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Live!!! World Cup 2010

              


SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA 2010




                                                                    Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Rugi Tak Merokok



Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.

Polis : "Kenapa kamu merokok?"

Pelajar: "Suka hati saya la."

Polis : "Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?"

Pelajar: "Diri duit belanja sekolah saya."

Polis : "Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?"

Pelajar: "Satu hari, satu bungkus dan kalau dunhill 14's harganya RM6.90"

Polis : "Kenapa kamu bakar RM6.90 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini."

Pelajar: "Boleh saya tanya encik sesuatu?"

Polis : "Boleh."

Pelajar: "Encik merokok?"

Polis : "Tentunya tidak."

Pelajar: "Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?"


Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Labels