Harga kapal selam mungkin dinaikkan


Kerajaan masih perlu memberikan subsidi RM18.9 billion kepada TNB dan IPPs (40%-RM8bil) yang monopoli bisnes bekalan elektrik untuk setiap rakyat.Mengapa tak cuba kurangkan subsidi pada syarikat-syarikat yang kaya ini sebanyak 10%, dah dapat RM 1.89 billion, 250% lebih daripada pengurangan subsidi minyak dan gula untuk rakyat?

Tepuk dada tanya sendiri, siapakah yang diutamakan oleh kerajaan?

Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk membeli sebijik lagi kapal selam tahun ini....khabarnya harga kapal selam mungkin dinaikkan lagi untuk menampung jumlah komisyen yang semakin tinggi...kah!kah!kah!!!!


Berikut adalah bukti yang menunjukkan BN selaras atau sama ertinya dengan Barang Naik:


Harga produk F&N Dairies mungkin naik


2010/07/16

KUALA LUMPUR: F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.
Mengenai imej baharu Tea Pot, Lee berkata label baharu itu direka untuk menampakkan imej yang segar pada jenama itu.

"Berdasarkan maklum balas yang diperoleh dari kaji selidik pasaran, corak dan visual itu lebih mencerminkan ketepatan janji jenama itu - kualiti yang kosisten dan enak dirasa.

"Ia juga akan menambah baik kedudukan premiumnya sebagai pilihan pelanggan yang pandai menilai," katanya. - BERNAMA






sumber: biaqpila.blogspot.com


Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Harga kapal selam mungkin dinaikkan"

Labels