AIR MINERAL RM5.00

MAHAL GILA BABI AIR MINERAL KAT RESTORAN AL RAWSHA I-CITY
SEBOTOL 1.5 LITER BERHARGA RM5.00
LEBIH MAHAL DARI PETROL F1
KAH! KAH! KAH!

CEKIK DARAH BETOI LA BEB


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MAZIDUL TAK BOLEH JAWAB SOALAN SENANG,DIA MINTAK BUKTI PULAK DAH...

Aku dah kena blocked dengan MAS. Aku pun tak faham sangat kenapa dia blocked aku. Yang aku tahu aku kena blocked selepas aku tanyakan dia beberapa soalan. Apa yang aku tanya ada kat bawah neh ;
    Assalammulaikum tuan,     Saya percaya tuan sedia faham mengenai kekecohan yang sedang berlaku di alam maya ini. Sudi kah tuan menjelaskan beberapa perkara? Saya berharap tuan boleh menjawab kepada persoalan ini.     1. Geng2 bikers memohon agar tuan memberitahu bahawa bikers tue hanya melakonkan semula.. bukan minta lebih dari itu. Adakah ia begitu sukar dibuat?     2. Apa salahnya bikers itu sehingga digelar pelesit jalanan? Mereka kan hanya melakonkan semula?     3. Mengapakah majalah 3 tak state bahawa ia adalah lakonan semula.. bukan mewakili keadaan sebenar?     4. Apakah tuan merendah2kan mereka, kerana mereka bikers ?     5. Apakah tuan fikir tiada jalan lain yang lebih baik untuk menerangkan kepentingan AES?     Terima kasih in advance samada tuan reply mahupun tidak.
Dia ada reply tq. Then dia blocked. Owh oke. Salah ke soalan aku? Kasar sangat ke apa yang aku tulis? Lantak lue le. Lepas aku bagitau aku kena blocked then ada la member fb pergi mesejkan benda yang sama kat dia. Copy paste. MAS balas tau soalan dia. Padahal soalan dia dengan soalan aku sama sebijik jek. Dia balas dan dia jawab seperti di bawah ;
Tapi lepas MAS jawab dia, dengan dia2 sekali kena blocked dengan MAS. kah kah kah Lantak lue la der. Fb lue hak lue la nak blocked sapa2 pun. Janji lue jangan marah orang bila orang terus mengasak lue. Pasal apa? Pasal at least kami ada inisiatif nak bertanya. Kami ada buka peluang dan ruang untuk lue buat penjelasan. At least kami bersedia mendengar pendapat, hujah dan jawapan dari lue. Tapi memandangkan lue tak sudi beri ruang tersebut, apa daya kami nak paksa2 lue? Terserah la pada lue. Pendirian lue kan? Sapa la kita orang nak paksa2 lue untuk jawab atau sebaliknya? Bila MAS reply seperti di atas, jelaslah dia minta kita tunjukkan bukti bahawa riders tersebut berlakon. Minta bukti tue beb. Kalau budak2 bikers tue cari sampai dapat then publish depan mata lue, boleh lue akur dan minta maaf? Bebudak bikers akan buat rombongan ke sri pentas pada 23/12 neh. Dorang akan bagi lue bukti2 berkaitan nanti. Insya-Allah. Lue tunggu je la MAS. Sementara itu. Setelah diperhatikan beberapa kali video tersebut memang betul la.. macam tak logik je beberapa ayat dia. Contohnya bila dia cakap tanpa berlengah juruterbang menerbangkan helikopter untuk mengekori penunggang dari udara.. Oke. Bila dia cakap.. ==> menerbangkan helikopter itu maksudnya apa? Kalau ikut pemahaman aku ialah maksudnya helikopter tue tak diterbangkan lagi. Baru nak terbangkan. Untuk mengekori kedua2 motor tersebut. So sebelum tue dia kat mana? Dia dah nampak la awal2 yang motor tue berlumba ek? Jadi dia kat mana masa tue? Macam mana boleh nampak tue ek? kah kah kah Bab kereta pun lawak juga. Dan2 je JPJ dapat pintas mereka. Mak ai. Yang aku heran selalunya kemain berlambak lori2 besar yang tak patuhi peraturan atas highway.. confirm kalau ko guna je jalanraya paling2 koman ko akan terserempak dengan satu lori besar macam tue. So takan time tue JPJ tak perasan kewujudan lori2 besar seperti itu? Nak2 highway beb. Lagi la berlambak2 nak mampos. So orang2 JPJ neh skip lori besar tersebut semata2 nak kejar kereta tue ka? Priority pada kelajuan je? Padan la lori2 neh makin lemak buat kesalahan. Biasalah. Dorang nak laju pun laju mana jek. kah kah kah Apa2 pun teruskan menafikan kebenaran oke. Kita orang tak rugi apa. Yang rugi orang yang menafikan kebenaran je tue. Bukan sahaja orang akan tolak MAS dan M3.. bahkan dengan JPJ dan AES sendiri kena tempias. Lue fikirlah sendiri oke. Bai. amenoworld
Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

JAM BENGONG

Papan iklan Kuwait Finance House di Lebuhraya Persekutuan awai dua jam. Ketika gambar diambil waktunya adalah 6:23 petang.Waktu mana dia ikut? Sebelum ini papan iklan ini mengikut waktu Malaysia.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Senario Ramadhan Yang Berlalu

Beginilah senario yang dapat dilihat di Padang MPK Kuantan ketika senja menjelang pada Ramadhan lalu. Orang ramai berbuka puasa di tengah padang berhadapan Masjid Negeri.Senario begini tidak berlaku pada bulan selain Ramadhan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KEMALANGAN TERBAKAR DI MRR2

Pagi-pagi lepas bercuti panjang jalan dah jem teruk.Di MRR2 jem teruk pagi ini dari jejambat Jalan Kuari hingga ke lokasi kejadian di selekoh berhampiran susur keluar Ampang Point.
Published with Blogger-droid v1.7.4
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CELCOM MAKAN DUIT HARAM?


Saya mempunyai dua talian celcom di bawah satu bil.Maknanya satu nombor main dan satu lagi supplementary.

Sekitar jun tahun lepas saya mula menamatkan langganan bil terperinci,menggunakan khidmat secara dalam talian (online).Makanya bil tidak lagi dihantar menggunakan pos dan hanya boleh dipantau secara online.Caj bil terperinci sebelum ini RM3 juga diberikan rebet oleh Celcom.

Selepas setahun baru saya perasan,Celcom masih mengenakan caj RM3 terhadap nombor yang lagi satu iaitu nombor supplementary.Itupun setelah saya membuat semakan secara online.Sepatutnya rebet sebanyak RM6 diberikan oleh Celcom.Selama ini pun saya hanya membayar bil tanpa membuat semakan.Rupanya telah setahun Celcom mengenakan caj bil terperinci tetapi bil tidak dihantar.

Apabila saya membuat laporan kepada pihak Celcom mereka mengatakan ada menghantar bil.Apabila saya mengatakan tiada bil yang sampai sejak saya membatalkan bil terperinci mereka mengatakan pula telah menghantar bil ke alamat lama.Bagaimana bil yang sebelum ini telah dihantar ke alamat baru (alamat sekarang) boleh dihantar semula ke alamat lama? Apa kejadah nak menipu tak beragak-agak begini???

Setelah sedar pengguna selalunya betul dan penyedia perkhidmatan selalu menipu akhirnya Celcom bersetuju untuk mengembalikan caj bil terperinci yang telah di bayar tapi untuk tempoh tiga bulan terakhir saja. Jumlah semua caj yang dikembalikan kepada saya adalah RM10.60 termasuk bayaran balik cukai perkhidmatan yang telah dibayar.

Bayangkan kalau seorang pelanggan Celcom menipu RM3 sebulan,cuba darabkan dengan 100 ribu pelanggan.Antara sedar atau tidak senang-senang boleh dapat RM300 ribu.

Bagi mengelakkan lebih ramai lagi pelanggan yang tertipu,maka saya juga ada membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan respon yang diterima setakat ini amat baik kerana pegawai SKMM ada menghubungi saya,namun beliau hanya memaklumkan yang Celcom akan membayar balik caj bil terperinci selama 3 bulan sahaja. Untuk pegawai SKMM,kalau setakat nak bagitau bagi pihak Celcom baik tak payah duduk kat situ.Tidak adakah apa-apa tindakan terhadap penipuan Celcom ini???





Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke???



Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;

Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.

Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.

Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.

Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.

Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?

Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.

Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.

Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.

Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.

Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…”eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la”.

Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.

Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.

Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?

Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.

Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.

Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.

Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms ” Minat”.

Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.

Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.

Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.

Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.

Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?

Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.

Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan.

Oleh: AK-47

mynewshub



Monkey United FC
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Beg sandang berisi mayat bayi

Terbaik.my
thumbnail Beg sandang berisi mayat bayi
Jul 6th 2012, 09:39

Beg sandang berisi mayat bayi, RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan,
KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.

Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.

Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.

"Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang.

Sumber : Kosmo


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Kereta Rolls-Royce 100 tahun dijual hampir RM24 juta

Terbaik.my
thumbnail Kereta Rolls-Royce 100 tahun dijual hampir RM24 juta
Jul 6th 2012, 06:22

the corgi, the corgy, Rolls Royce, Rolls-Royce,
LONDON: Satu daripada kereta terbaik pernah dihasilkan Rolls-Royce dijual pada harga hampir �5 juta (RM24.7 juta) dalam satu lelongan, lapor media semalam.

Kereta unik berwarna perak dikenali sebagai The Corgi kerana bentuknya menyerupai kereta mainan pada era 1960-an ditempah khas pemilik asalnya.

Ketika ia dibina kira-kira 100 tahun lalu, nilai pasaran The Corgi hanya kira-kira �1,000 (RM4,900).

Pada awalnya, pakar kereta antik menjangkakan The Corgi akan dijual pada harga maksimum �2 juta (RM10 juta).

Bagaimanapun, persaingan antara dua pembida di majlis lelongan itu mendorong harga The Corgi melonjak naik kepada �4.7 juta (RM23.2 juta) ketika lelongan itu diadakan di Sussex Barat.

Kakitangan firma lelongan Bonhams, James Knight, berkata bidaan semalam adalah persaingan penjualan kereta paling lama pernah disaksikannya. The Corgi dilelong selepas pemiliknya seorang warga Amerika Syarikat meninggal dunia.

Kereta itu kemudian dibeli seorang warga asing tidak dikenali. - TS

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan

Terbaik.my
thumbnail Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan
Jul 5th 2012, 08:29

Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan, Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,
MELAKA: Padah merogol anak sendiri empat tahun lalu, seorang bapa enam anak dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hukuman itu, dijatuhkan Hakim Abu Bakar Katar terhadap tertuduh berusia 39 tahun dari Batu Gajah, Melaka.

Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam perbicaraan bermula 15 Februari lalu, 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anaknya berusia 15 tahun tiga bulan di Batu Gajah, Merlimau, Jasin kira-kira jam 1 pagi, 28 Mac 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertamanya.

"Saya mempunyai tanggungan isteri dan anak yang ramai dan selepas dibebaskan, mahu menyara mereka," katanya.

Bagaimanapun, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan alasan perlakuan itu memberi mudarat kepada mangsa dan tertuduh yang melarikan diri lebih dua tahun selepas laporan dibuat, tidak menunjukkan keinsafannya.

"Kesalahan tertuduh tidak boleh dimaafkan kerana sebagai ketua keluarga, tertuduh sepatutnya menjadi pemimpin dan membimbing keluarga bukannya memperkosa anak sendiri.

"Malah, hukuman berat yang ditetapkan Parlimen dalam jenayah seperti ini menunjukkan hasrat kerajaan melindungi kanak-kanak daripada ahli keluarga yang bersifat kebinatangan," katanya.

Abu Bakar yang mendengar hujah kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Oktober 2010.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: 3 Budak tujuh tahun belasah rakan

Terbaik.my
thumbnail 3 Budak tujuh tahun belasah rakan
Jul 5th 2012, 07:59

Budak tujuh tahun belasah rakan,
SANTUBONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di seluruh badan apabila dibelasah tiga kanak-kanak sebaya selepas gagal menyerahkan wang seperti diarahkan dalam kejadian di Kampung Rampangi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk dahi, pipi serta mulut dipercayai dibelasah bertalu-talu tiga kanak-kanak itu.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa didatangi ketiga-tiga kanak-kanak terbabit sambil mengugut mangsa menyerahkan wang.

"Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membelasah mangsa tanpa belas ihsan.

"Dalam keadaan kesakitan, mangsa merayu supaya memberhentikan perbuatan itu namun ketiga-tiga kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan rayuan sebalik membelasahnya sehingga berdarah.

"Sebaik melihat mangsa tidak bermaya, ketiga-tiga mereka melarikan diri. Mangsa pulang ke rumah dan memberitahu ibunya mengenai kejadian," katanya.

Terkejut dengan keadaan mangsa, ibunya berusia 50 tahun membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Santubong pada hari kejadian.

Katanya, kanak-kanak terbabit turut dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Lelaki berapi dalam tandas

Terbaik.my
thumbnail Lelaki berapi dalam tandas
Jul 5th 2012, 07:57

Lelaki berapi dalam tandas, Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin,
TAWAU: Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa berusia 20-an mengerang kesakitan dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tawau, di sini, akibat 80 peratus tubuhnya terbakar.

Menurut saksi, Mohd Zarif Sofian, 22, ketika kejadian, dia sibuk mengira baki simpanan minyak dalam tangki berhampiran tandas terbabit.

"Ketika menjalankan tugas, saya melihat kepulan asap keluar dari celah pintu dan tingkap tandas.

"Saya memaklumkan kepada pekerja lain supaya menghubungi bomba kerana bimbang ada kebakaran selain cuba membuka pintu tandas, tetapi mendapati ia berkunci dari dalam," katanya ketika ditemui.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terbaik.my: Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi

Terbaik.my
thumbnail Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi
Jul 5th 2012, 07:56

Tolak penumpang keluar teksi, Pemandu teksi tolak penumpang keluar teksi,
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengumpan penumpang warga asing menggunakan perkhidmatannya sebelum bertindak kejam menolak mangsa keluar dari kereta dan melarikan barangan berharga milik penumpang terbabit.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 46 tahun yang menetap di Malaysia menahan teksi dipandu suspek berusia 36 tahun berhampiran pusat beli-belah di Bangsar sebelum meminta dihantar ke Jalan Maarof.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek menolak mangsa sebelum dia memecut teksinya menyebabkan wanita terbabit kerugian RM20,000 membabitkan kehilangan telefon pintar iPhone, cincin, kad kredit dan pelbagai barangan berharga lain.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis selain memberi butiran suspek dan nombor pendaftaran teksi terbabit.

"Hasil maklumat diterima polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya jam 5 petang kelmarin di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Puchong.

"Hasil pemeriksaan, kami merampas semula sebahagian wang sebanyak RM4,049 yang masih dimiliki suspek sementara selebihnya sudah dibelanjakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek menyasarkan warga asing yang bersendirian dan menolak mangsa keluar dari teksi sebelum melarikan barangan berharga.

"Suspek kini direman sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan. Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada sesiapa yang menjadi mangsa samun memberi maklumat lengkap kenderaan yang digunakan suspek dan diskripsi lain bagi menyegerakan siasatan serta tangkapan," katanya.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Confirm your unsubscription from 'Terbaik.my'

To confirm that you no longer wish to receive updates from 'Terbaik.my', please click on the following link:

http://blogtrottr.com/unsubscribe/confirm/zbDHQL/1pKpYF


If you weren't expecting to receive this email, then simply ignore it and we'll go away.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (5 GAMBAR) Cristiano Ronaldo Bersama Anak Lelakinya

Blog Berita Online
(5 GAMBAR) Cristiano Ronaldo Bersama Anak Lelakinya
Jul 5th 2012, 06:17

Dua tahun lalu, Cristiano Ronaldo mengejutkan dunia apabila beliau mengumumkan dia telah menjadi seorang bapa kepada seorang kanak-kanak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Si kecil bernama Cristiano Ronaldo Jr ini kini membesar dengan sepenuh kasih sayang daripada Ronaldo dan keluarga, malah turut diberi perhatian oleh kekasih Ronaldo, Irina Shayk.

Jom tengok gambar-gambar percutian mereka bersama Irina Shayk, keluarga dan rakan-rakan di St.Tropez.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (TAHNIAH) Fuad Juara Kilauan Emas Musim 2

Blog Berita Online
(TAHNIAH) Fuad Juara Kilauan Emas Musim 2
Jul 5th 2012, 04:43

Juara program Kilauan Emas musim kedua iaitu Ahmad Fuad Zaharullai atau Fuad mengakui lagu Syair Laila Majnun telah memberi tuah kepadanya sehingga layak merangkul gelaran itu.

Fuad, 45, berkata, lagu asal nyanyian Ramli Sarip dan Jamal Abdillah itu yang berjaya disampaikan dengan baik telah menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Fuad berjaya menewaskan lima peserta lain apabila muncul juara dengan jumlah peratusan sebanyak 47.55 peratus. Peserta berasal dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala tempat kedua menjadi milik peserta dari zon tengah iaitu Nor Azri Zainuddin, 43, yang mendapat 44.81 peratus. Nor Azri membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi serta turut menggondol Anugerah Khas Polident yang membolehkannya mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Jumat Ramle, 48, yang (42.77 peratus) mewakili zon Sabah dengan hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Tiga lagi peserta yang berentap malam itu adalah Salanan Saleh, 47, Muhammad Norjulaini Kalil, 45 dan Mohd Fadzil Borhan, 45.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depannya, Fuad berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi berhasrat untuk merakamkan sebuah album single.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Fredo dan Othman Hamzah.

Incoming search terms:

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: (GAMBAR) Tumor 23kg dalam perut wanita

Blog Berita Online
(GAMBAR) Tumor 23kg dalam perut wanita
Jul 5th 2012, 05:18

Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.

"Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga," katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.

Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.

Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.

Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.

Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.

Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.

Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.

Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.

Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.

Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.

Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog Berita Online: Ranking Bola Sepak Dunia Terkini

Blog Berita Online
Ranking Bola Sepak Dunia Terkini
Jul 5th 2012, 05:08

Ranking bola sepak dunia terkini telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), semalam. Juara Eropah, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia diikuti Jerman berada ditangga kedua dan Uruguay ditangga ketiga daripada keseluruhan 205 negara yang menjadi ahli Fifa.

Sementara itu, England memperlihatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dengan berada di tangga keempat. Pasukan England meningkat dari kedudukan keenam kepada tangga keempat dunia meskipun anak buah Roy Hodgson tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali dalam saingan Euro 2012.

Tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil tidak berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 negara terbaik buat kali pertama apabila jatuh satu anak tangga kepada nombor 11.

Antara kedudukan 10 negara terbaik FIFA:

1- Sepanyol
2- Jerman
3- Uruguay
4- England
5- Portugal
6- Itali
7- Argentina
8- Belanda
9- Crotia
10-Denmark

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Labels