Juara program Kilauan Emas musim kedua iaitu Ahmad Fuad Zaharullai atau Fuad mengakui lagu Syair Laila Majnun telah memberi tuah kepadanya sehingga layak merangkul gelaran itu.
Fuad, 45, berkata, lagu asal nyanyian Ramli Sarip dan Jamal Abdillah itu yang berjaya disampaikan dengan baik telah menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Fuad berjaya menewaskan lima peserta lain apabila muncul juara dengan jumlah peratusan sebanyak 47.55 peratus. Peserta berasal dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Manakala tempat kedua menjadi milik peserta dari zon tengah iaitu Nor Azri Zainuddin, 43, yang mendapat 44.81 peratus. Nor Azri membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi serta turut menggondol Anugerah Khas Polident yang membolehkannya mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.
Bagi tempat ketiga jatuh kepada Jumat Ramle, 48, yang (42.77 peratus) mewakili zon Sabah dengan hadiah berupa RM15,000 dan trofi.
Tiga lagi peserta yang berentap malam itu adalah Salanan Saleh, 47, Muhammad Norjulaini Kalil, 45 dan Mohd Fadzil Borhan, 45.
Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depannya, Fuad berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi berhasrat untuk merakamkan sebuah album single.
Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Fredo dan Othman Hamzah.
Incoming search terms:
0 Response to "Blog Berita Online: (TAHNIAH) Fuad Juara Kilauan Emas Musim 2"
Post a Comment