Blog Berita Online: Siasatan Terbaru Sahkan Yasser Arafat Mati Diracun

Blog Berita Online
Siasatan Terbaru Sahkan Yasser Arafat Mati Diracun
Jul 4th 2012, 04:40

Siasatan baru terhadap kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan beliau mati akibat racun talium yang diletakkan di dalam makanan atau minumannya. Bekas penasihat khas Arafat, Bassam Abu Shareef berkata, siasatan yang dilakukan pakar forensik Briain itu mengesahkan perkara itu.

Talium mempunyai kandungan toksik yang tinggi. Kes keracunan bahan itu biasanya berlaku selepas makan.

Bassam berkata, beliau akan mengemukakan lebih banyak maklumat mengenai siasatan itu kepada jawatankuasa penyiasat pembunuhan Arafat sedikit masa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan penyiasat yang melakukan siasatan itu.

Bassam menuduh Israel meracun Arafat menerusi makanan atau minuman yang diterimanya ketika bekas pemimpin Palestin itu dikepung di ibu pejabatnya di Ramallah.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004, dikatakan akibat penyakit misteri.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Blog Berita Online: Siasatan Terbaru Sahkan Yasser Arafat Mati Diracun"

Labels