Video seorang lelaki Cina yang mengamuk di sebuah pusat membeli-belah di Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube semalam.
Tidak pasti pula penulis bilakah kejadian atau amukan lelaki cina itu berlaku.
Tapi, kalau baru sahaja dimuat naik semalam, pastinya baru sahaja terjadi atau sebaliknya.
Kalau dilihat kepada penerangan video itu yang dimuat naik oleh pemilik profil You Tube, ilovenikkoz, yang diberitahu sebuah kedai elektronik yang menjual barangan elektrik dalam pusat beli-belah itu, SenQ suka menipu pelanggan-pelanggannya.
Itulah yang menjadi punca kenapa lelaki Cina itu mengamuk.
Di awal amukkannya, aksi lelaki Cina yang mencampakkan barang-barang di dalam kedai itu langsung tidak dilayan oleh pekerja-pekerja SenQ. Apatah lagi nak menghalang perlakuannya.
Mungkin tiada sesiapa yang mahu melayan 'kerenah' lelaki Cina itu, semakin ganas pula dia mengamuk.
Barulah ada beberapa orang pengawal keselamatan datang dan masuk ke kedai SenQ untuk menenangkan lelaki Cina itu.
Namun, dia tidak mahu pengawal keselamatan yang menghampirinya berkata apa-apa selain mulutnya rancak memaki dan mengomel.
Penulis tidak berapa jelas mendengar kata-kata lelaki Cina itu yang terlalu marah.
Yang didengar, SenQ telah menipunya beberapa bulan yang lalu.
Paling lucu, lelaki Cina itu siap mengatakan 'masukkan dalam Facebook malam nanti'.
Video sepanjang 8.49 minit itu memang melihatkan 'apek' itu marah betul dengan SenQ.
Dihujungnya, tidak pasti pula apakah kesudahan cerita mengamuk dia.
Incoming search terms:
0 Response to "Blog Berita Online: Video: Apek Cina Mengamuk Ditipu SenQ?"
Post a Comment