Blog Berita Online: Ika Nabila AF6 Masih Bersama Pengkid

Blog Berita Online
Ika Nabila AF6 Masih Bersama Pengkid
Jul 4th 2012, 12:54

Sejak keluar daripada pentas Akademi Fantasia 6, pelakon serta penyanyi, Ika Nabila tidak henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Berpakaian seksi, kaki sosial, memiliki 'dildo', minum arak serta digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pengkid, itu antara kontroversi yang pernah menjengah hidup pelakon drama, 'Apa Celop' itu.

Walaupun sudah menjelaskan perkara sebenar, namun kontroversi tersebut masih melekat pada dirinya, lebih-lebih lagi isu bercinta dengan pengkid. Mana tidaknya, ke mana saja beliau pergi, pengkid yang dikaitkannya itu pasti ada bersama. Terbaru, kelibat Ika bersama pengkid itu dilihat di majlis resepsi Irma Hasmie.

"Dia pengurus saya, Adlin, sebab itu ke mana saja saya pergi dia akan ada. Dia sudah menguruskan saya sejak saya keluar AF6 lagi. Ibu bapa saya pun mengenali Adlin dan saya sendiri memanggilnya dengan nama Kak Long. Mana yang kenal saya, mereka tahu perkara sebenar.

"Walaupun saya dah beri penjelasan sebelum ini, orang masih anggap kami mempunyai hubungan dan memerli saya. Tak apalah, saya pun dah malas nak cakap apa-apa lagi kerana mulut orang ini susah nak tutup. Saya anggap mereka yang berfikiran sebegitu mengambil berat terhadap saya. Bagi saya, dari terus buang masa memfitnah saya, lebih baik mereka cakap pasal kerjaya saya," ujar Ika yang mengakui gosip ini sedikit sebanyak menaikkan namanya.

"Walaupun gosip negatif namun saya ambilnya secara positif. Tidak dinafikan, kontroversi yang berlaku membuatkan orang lebih ramai mengenali saya. Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus. Saya baru saja selesai menjalani penggambaran untuk Cerekarama TV3, 'Perempuan Neraka'.

"Selain itu saya juga sudah selesai telemovie Raya, 'Hantu Susu' untuk Astro dan juga 'Muat Tak Muat' untuk TV3. Selepas ini, saya akan mula shooting sebuah drama untuk Slot Azalea TV3," ujarnya yang pernah keluar dengan single, 'Tiada Rasa' sebelum ini.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Blog Berita Online: Ika Nabila AF6 Masih Bersama Pengkid"

Labels