Satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebar di Internet semalam selepas dimuat naik di laman You Tube.
Video berdurasi selama 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebaran video tersebut kepada umum.
Video tersebut hanya menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju kemeja bercorak didakwa Abdul Khalid yang masuk ke dalam pejabat, seterusnya duduk di kerusi dan meneliti beberapa helai dokumen di atas mejanya.
Gambar lelaki yang didakwa Abdul Khalid dalam video itu tidak begitu jelas kerana diambil dari arah belakang.
Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan SUK itu seperti didedahkan Abdul Khalid pada Ogos 2010.
0 Response to "Blog Berita Online: Video Tingkat 21 Khalid Ibrahim tersebar"
Post a Comment