Terbaik.my: Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan

Terbaik.my
thumbnail Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan
Jul 5th 2012, 08:29

Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan, Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,
MELAKA: Padah merogol anak sendiri empat tahun lalu, seorang bapa enam anak dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hukuman itu, dijatuhkan Hakim Abu Bakar Katar terhadap tertuduh berusia 39 tahun dari Batu Gajah, Melaka.

Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam perbicaraan bermula 15 Februari lalu, 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anaknya berusia 15 tahun tiga bulan di Batu Gajah, Merlimau, Jasin kira-kira jam 1 pagi, 28 Mac 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertamanya.

"Saya mempunyai tanggungan isteri dan anak yang ramai dan selepas dibebaskan, mahu menyara mereka," katanya.

Bagaimanapun, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan alasan perlakuan itu memberi mudarat kepada mangsa dan tertuduh yang melarikan diri lebih dua tahun selepas laporan dibuat, tidak menunjukkan keinsafannya.

"Kesalahan tertuduh tidak boleh dimaafkan kerana sebagai ketua keluarga, tertuduh sepatutnya menjadi pemimpin dan membimbing keluarga bukannya memperkosa anak sendiri.

"Malah, hukuman berat yang ditetapkan Parlimen dalam jenayah seperti ini menunjukkan hasrat kerajaan melindungi kanak-kanak daripada ahli keluarga yang bersifat kebinatangan," katanya.

Abu Bakar yang mendengar hujah kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Oktober 2010.

Sumber : Hmetro


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Terbaik.my: Padah rogol anak sendiri, penjara 20 tahun 6 sebatan"

Labels